Peluang Anda Berjaya Bersama Kami
   
Tujuh SEbab
SINARIS ENTERPRISE SDN BHD (466695-K) menyenaraikan tujuh (7) sebab mengapa anda harus bersama kami bagi merealisasikan matlamat ANDA.

Modal permulaan yang kecil dan berpatutan sama ada VIP 1 atau VIP 2.
Keuntungan runcit yang tinggi dibantu dengan produk-produk yang mudah dipasarkan terutamanya bagi usahawan yang cenderung menjual.
Satu-satunya pelan pemasaran tradisional yang memberikan pendapatan secara harian, bulanan dan setiap tiga (3) bulan sekali.
Sistem baucer tunai yang boleh memberikan rangsangan kepada setiap pengedar yang membina rangkaian perniagaannya sendiri dengan lebih yakin lagi.
Pelan pemasaran yang berdaya maju di mana semua peruntukan bonus adalah saling sokong menyokong untuk mencapai sasaran tertinggi. Sistem ini juga menggalakkan setiap pengedar mencapai sasaran lebih tinggi dan hak penaja tetap terpelihara.
Sistem "COMPRESS" yang dinamik dan menguntungkan.
Program "RE-ENTRY" yang menakjubkan sekaligus merealisasikan hasrat setiap pengedar untuk memperolehi pendapatan yang berkekalan untuk suatu jangkamasa yang panjang.
BERSAMA SINARIS CARE YOU adalah merupakan satu gabungan keperihatinan syarikat dan warga Sinaris, disumbangkan kepada ahli yang menyertainya. Setiap ahli yang mendaftar dalam BERSAMA SINARIS CARE YOU mendapat faedah berupa sumbangan sebanyak RINGGIT MALAYSIA LIMA RIBU (RM5000.00) bagi seorang penama.

Ganjaran yang diperolehi oleh peserta jika berlaku KEMATIAN:
Ganjaran RM5000.00 kepada pewaris*.
Badal Haji untuk simati dan wang tunai RM2500.00 kepada pewaris*.

Ganjaran berupa INSENTIF PELAJAR CEMERLANG yang diperolehi oleh peserta jika anak mereka mencapai tahap pelajaran yang cemerlang berdasarkan :
UPSR : Minimum 3A, setiap A bernilai RM50.00
PMR : Minimum 5A, setiap A bernilai RM50.00
SPM : Minimum 5A, setiap A bernilai RM70.00
 
* Ganjaran wang tunai akan berubah dalam keadaan berikut:
1. Kos Badal Haji berubah mengikut kadar semasa.
2. Telah menerima bayaran INSENTIF PELAJAR CEMERLANG.

Dokumen yang diperlukan untuk menuntut ganjaran adalah seperti berikut:
Jika berlaku KEMATIAN
- Sijil asal BERSAMA SINARIS CARE YOU.
- Salinan Kad Pengenalan simati.
- Surat Akuan Kematian, laporan Polis (kemalangan) dan permit kubur.
Insentif Pelajar Cemerlang
- Sijil Asal BERSAMA SINARIS CARE YOU.
- Sijil keputusan peperiksaan yang asal dan salinan.
- Salinan Kad Pengenalan atau Surat Beranak.
*
Salinan dokumen hendaklah mendapat pengesahan dari Guru Besar atau Pengetua sekolah berkenaan.
  Bagi suami dan isteri yang menyertai BERSAMA SINARIS CARE YOU, hanya salah seorang sahaja dibenarkan menuntut insentif ini.

Syarat dan Peraturan

Penyertaan terbuka kepada semua ahli Sinaris yang masih aktif keahliannya.
Membayar yuran penyertaan RM125.00 (sekali bayar seumur hidup). Bayaran boleh dibuat secara penuh atau ansuran. Jika dibayar secara ansuran, bayaran pertama ialah sebanyak RM50.00 dan bakinya boleh dilunaskan dalam masa tiga (3) bulan.
Tempoh matang adalah empat (4) bulan dari tarikh bayaran penuh diterima.
Sijil penyertaan akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan selepas bayaran penyertaan dijelaskan sepenuhnya.
Penyertaan hanya dibenarkan untuk satu nama sahaja.
Peserta mesti membuat pembelian peribadi (PBV) sekurang-kurangnya 160BV pada tiap-tiap bulan dan berterusan tanpa gagal.
Jika gagal, jaminan bayaran ganjaran akan terputus. Peserta akan melalui tempoh matang sekali lagi tanpa sebarang bayaran.
Peserta mesti memperbaharui keahlian setiap tahun.
Sebelum tempoh matang, jika berlaku kematian, syarikat akan memberi sumbangan sekali ganda daripada sumbangan ahli yang membayar.
 



 
 
 
Sinaran Itu Nampak Apabila Rahmat Ilahi Sampai