Keterangan Produk
Anti-Acne Day Cream merupakan salah satu daripada rangkaian produk kecantikan Mutiara Kunyit yang diadun menggunakan kunyit (tumeric) sebagai bahan utamanya. Ia mampu merawat kulit yang berjerawat sama ada jerawat pasir atau pun jerawat batu.
Proses penyembuhan bagi jerawat pasir lebih mudah berbanding jerawat batu. Selepas sapuan, jerawat pasir akan terus mengecut di dalam kulit atau ia akan keluar dengan sendirinya. Tetapi proses penyembuhan bagi jerawat batu akan mengambil masa sehingga seminggu untuk pulih. Ia akan menghasilkan mata jerawat telebih dahulu sebelum mengecut di dalam kulit dan akhirnya hilang tanpa sebarang kesan.
Penggunaan berterusan Anti-Acne Day Cream akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bertindak membunuh bakteria punca jerawat.