Keterangan Produk
Night Cream merupakan salah satu daripada rangkaian produk kecantikan Mutiara Kunyit yang diadun menggunakan kunyit (tumeric) sebagai bahan utamanya. Krim ini amat lembut dan ianya sangat mudah diserap ke bawah kulit seterusnya merawat wajah tanpa sebarang pengelupasan. Ia juga mampu menegangkan kulit, mengurangkan kedutan pada wajah dan mengenbalikan kecerahan kulit akibat pendedahan sinaran UV matahari. Ia adalah selamat disapu pada bahagian kelopak dan bawah mata. Krim ini hanya untuk kegunaan malam hari sahaja.