Keterangan Produk
Sabun Good merupakan salah satu daripada penghasilan produk melalui kaedah Bio-Tech terkini. Ia amat sesuai untuk mencuci pakaian, sayur-sayuran, buah-buahan, peralatan logam dan barangan kemas. Produk yang berkonsepkan mesra alam ini bukan saja berfungsi sebagai agen pembersih, malah ia juga mampu bertindak sebagai baja tanaman dan agen penghindar serangga perosak.
Cucian pakaian menggunakan Sabun Good boleh dilakukan menggunakan mesin basuh muatan atas atau muatan depan mahupun menggunakan tangan. Cucian menggunakan kedua-dua kaedah bakal menghasilkan pakaian yang bersih dan berseri serta berbau wangi. Dan lagi, pakaian anda akan menjadi lebih lembut walaupun tanpa produk pelembut yang lain kerana Sabun Good itu sendiri mengandungi agen pelembut yang berkesan.
Bagi cucian tangan, kerja-kerja menyental adalah tidak diperlukan. Cukuplah dengan hanya merendam pakaian yang kotor dalam larutan Sabun Good untuk tempoh dari tiga (3) hingga empat (4) jam sebelum membasuhnya seperti biasa. Walaupun ia mampu menanggalkan kotoran dengan mudah dan berkesan, Sabun Good tidak mereputkan pakaian, tidak juga bersifat panas serta tidak akan menyebabkan pengelupasan atau rangsangan terhadap kulit.
Rendaman di dalam larutan Sabun Good dalam tempoh beberapa hari tidak akan mereputkan pakaian anda. Air rendamannya juga tidak akan berbau busuk malah boleh digunakan untuk tujuan berfaedah lain. Ia boleh disiram sebagai baja tanam-tanaman, boleh juga disembur pada daun tanaman sebagai ganti racun serangga perosak. Ia juga boleh digunakan sebagai pencuci tandas, bilik air, longkang dan mampu membunuh jentik-jentik.