Terma dan Syarat Yang Mengawal Pengedaran Produk
 

Kelayakan Pendaftaran


Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun.

Pemohon hendaklah mengisi borang pendaftaran dengan lengkap dan membeli Kit Usahawan yang berharga RM25.00 (Semenanjung Malaysia) atau RM35.00 (Sabah & Sarawak). Harga ini termasuk yuran pendaftaran untuk tempoh satu (1) tahun. Yuran pendaftaran ini hendaklah diperbaharui setiap genap setahun.

Pemohon juga boleh terdiri daripada firma, syarikat perkongsian, syarikat persendirian, persatuan, kelab atau pertubuhan.

 

Kad Kuasa Pengedar


Syarikat akan memproses permohonan seseorang dan pemohon akan diberikan Kad Kuasa Pengedar untuk kegunaan rasmi dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan.

Pengedar hendaklah melekatkan gambar terbarunya yang berukuran 38 x 32 mm di ruang kosong yang telah disediakan pada Kad Kuasa Pengedar tersebut.

 

Hal-Hal Pengedaran


Pemindahan penajaan atau pengedaran tidak dibenarkan sama sekali. Walau bagaimanapun syarikat berhak dan mempunyai kuasa penuh untuk membenarkan perpindahan pada asas kes demi kes. Sekiranya perpindahan terpaksa dilakukan, hanya pemohon sahaja yang boleh berpindah manakala keseluruhan kumpulan tidak dibenarkan.

Jika berlaku kematian kepada pengedar, waris pengedar tersebut berhak untuk menerima apa jua bonus yang sepatutnya diterima dengan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan boleh meneruskan status pengedaran tersebut.

Pengedar hendaklah membuat urusniaga jualan menggunakan harga-harga pengedar dan pelanggan yang telah ditetapkan, dilarang sama sekali menambah atau mengurangkan harga. Hal ini terkecuali kepada arahan-arahan yang boleh dikeluarkan dari masa ke semasa.

Semua urusniaga pada sesuatu bulan kalendar akan ditutup pada empat (4) haribulan pada setiap bulan. Satu penyata bonus akan dikeluarkan.

Status pengedaran seseorang itu boleh ditamatkan sekiranya pengedar tersebut melakukan kesalahan-kesalahan atau melanggar mana-mana peruntukan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

 

Penjualan Rumah Ke Rumah


Apabila membuat jualan rumah ke rumah, pastikan satu temujanji telah dibuat terlebih dahulu. Lawatan tidak harus dibuat pada waktu-waktu berikut :
(a) Bagi tempat-tempat di mana cuti amnya jatuh pada hari Ahad :
i. Pada semua masa pada hari Ahad dan pada hari cuti am.
ii.
Waktu di antara jam 12.00 tengah malam dan jam 07.00 pagi DAN di antara jam 09.00 malam dan jam 12.00 tengah malam di hari-hari yang lain.

Sesiapa yang melawat mana-mana premis untuk tujuan perundingan jualan pintu ke pintu hendaklah dengan serta merta menyatakan tujuan lawatannya sewaktu hendak memasuki premis dan hendaklah meninggalkan premis jika diminta berbuat demikian oleh penghuni premis atau oleh sesiapa saja yang secara sah bertindak bagi pihak penghuni premis tersebut.

Sesiapa yang merundingkan penjualan rumah ke rumah hendaklah menunjukkan kepada bakal pembelinya kad kuasa / pengenalan diri Sinaris.

Di mana jualan dibuat atau dimeterai :

(a) Adalah perlu bagi anda memberi penerangan dan mengisi butir-butir berhubung kontrak jualan langsung (dibekalkan bersama-sama Kit Usahawan anda dan boleh diperolehi melalui pesanan), yang akan ditandatangani oleh pembeli dan anda sendiri dengan satu salinan diserahkan kepada pembeli.

(b) Anda juga hendaklah menerangkan kepada pembeli bahawa, di bawah "DASAR BELI SEMULA", mereka berhak untuk membatalkan kontrak sebelum berakhirnya tempoh bertenang, iaitu sebelum berakhirnya tempoh sepuluh (10) hari bekerja tetapi tidak kurang dari 72 jam bermula sehari selepas kontrak ditandatangani. Sekiranya seorang pembeli memutuskan untuk membatalkan kontrak, beliau hendaklah menulis dan meyerahkan notis pembatalan tersebut secara terus kepada pengedar atau menghantarnya melalui Pos Berdaftar.

(c) Dalam tempoh waktu di atas :
i.
Pembeli hendaklah memastikan bahawa resit pembelian yang asal dilekatkan pada semua barang yang dikembalikan.
ii.
Pembeli hendaklah juga memsatikan bahawa semua barang yang dikembalikan berada dalam keadaan tidak rosak, baik dan boleh dijual semula.
iii.
Semua bonus dan komisen yang mungkin telah dibayar akan diperiksa dengan sekadarnya dan pemotongan, jika ada, adalah terletak hanya atas pembeli.
iv.
Yuran memproses sebanyak sepuluh peratus (10%) akan dikenakan sebelum pembayaran terakhir dibuat.

Tiada deposit akan dikutip berhubung dengan kontrak jualan langsung dan barangan yang dipesan. Anda akan menyerah-hantar barangan yang dipesan hanya selepas tempoh bertenang.

Bagaimanapun, pembeli atas budi bicara mutlaknya, boleh mengenepikan hak untuk membatalnya dengan menyampaikan notis kepada anda supaya menghantar-serah barangan kepadanya sebelum tamat tempoh bertenang. Namun begitu, notis sedemikian hanya boleh disampaikan oleh pembeli selepas tempoh 72 jam dari waktu kontrak dimeterai.

 
 
 
Laman Utama | Terma & Syarat | Dasar Privasi | Peta Laman
Sinaran Itu Nampak Apabila Rahmat Ilahi Sampai